Text Size

Lebih Berkuasa, Bergaya

Peminat jentera Fiat kini boleh berkunjung ke bilik pameran apabila Torino Motor Industries Sdn Bhd ( TMI ) melancarkan model terbarunya Bravo GT 1.4 16V yang lebih berkuasa dan bergaya.

Model yang didatangkan dengan versi automatic itu sesuai untuk pemandu lelaki dan wanita yang bekerja di kawasan metropolitan yang sesak.

Malah, kecantikan fizikal jentera berkenaan bakal menambat hati peminat jenama dari Itali itu.

Fiat Bravo GT terbaru didatangkan dengan transmisi Dualogic Sequential Automatic ( DSA) enam kelajuan yang menyamai transmisi Selespeed pada Alfa Romeo atau AMT pada Proton Savvy.

DSA adalah kotak gear manual yang lebih baik daripada transmisi automatic sedia ada dan menawarkan prestasi dan penggunaan minyak lebih baik umpama versi manual.

Hadir sama pada majlis itu Duta Itali di Malaysia,H E Alessandro Busacca; Pengarah Urusan TMi,Datuk Abdul Hamid Ibrahim;Pengarah dan Ketua Pegawai Operasi TMI, Ally Azran Abdul Hamid; Pengarah Pemasaran TMi; Ally Azwin Abdul Rahman dan Ketua Pegawai Operasi TMI, Ahmad Khuzaimi Rashid.

Menurut Ally Azran pihaknya akan terus membawa masuk model terkini Fiat berikutan permintaan semakin meningkat terhadap model berkenaan.

“Bagi peminat kereta Fiat, mereka lebih arif mengnai kecantikan, keselesaan dan prestasi jentera ini dan sentiasa mengharapkan model terbaru untuk dipasarkan ke Negara ini.

‘Bravo GT 1.4 16V adalah kenderaan sesuai untuk pemanduan Bandar kerana ia kini ditawarkan dengan transmisi automatik,” katanya.

Berharga RM145,000, Bravo GT turut dilengkapi enam beg udara, system ABS, kawalan komputer Microsoft Windows untuk audio dan pelbagai fungsi lain.

Model terbaru itu masih menggunakan enjin 1.4 T-Jet Turbo yang diakui menawarkan pecutan lancer dan berkuasa.

Media = Harian Metro

Date = 14 April 2009

Section = Variasi , Vroom